Senaman dan manfaatnya
TriFit Studio
Teamwork. Result. Inspiration
Monday, 25 September 2017
Tips Kesihatan #09 - Bahaya Visceral Fat
*Health Tips #9*
*Apa itu Visceral Fat?*
“Even if you’re not overweight, belly fat can significantly increase your risk for heart disease, cancer, dementia and diabetes.” Bill Gavin, MD Providence St. Peter Hospital
*Lemak dalam badan terbahagi kepada 2*
Jenis Lemak Dalam Badan
Lemak bawah kulit (subcutaneous fat) – kawasan yang selalu ada lemak bawah kulit adalah tangan, pinggul, peha.Lemak di sekeliling organ (visceral fat) – lemak yang menyelaputi organ-organ seperti pada hati, usu, jantung, dan lain-lain.
Visceral fat ini akan merosakkan organ anda walaupun ketika anda sedang tidur, ia lebih berbahaya daripada rokok. Visceral fat ini mengeluarkan sejenis toksik yang menyebabkan peradangan pada pembuluh darah terutamanya pembuluh darah ke otak dan jantung.
Radang ini boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit sehingga menyebabkan serangan jantung atau strok jika ia terjadi pada otak. Allah… ngerinya.
Visceral fat ini kita perlukan juga dalam badan kita, tetapi pada kuantiti yang kecil.
Lemak ini tidak boleh dilihat dari luaran semata². Ia perlu diukur melalui alat, salah satunya adalah penimbang Tanita yang dapat memberikan 99% ketepatan bacaan.
1-6 : Sihat
7-12: Tinggi
13 dan ke atas: Sangat tinggi dan berbahaya.
Anda kena jaga-jaga dan bertindak bila visceral fat anda di tahap Tinggi (high) dan bagi yang berada di tahap Sangat Tinggi (Very High) anda seharusnya bertindak segera untuk menurunkan tahap visceral fat anda.
*Bahaya Visceral Fat*
Lemak visceral fat ini memang sangat bahaya, dalam menurunkan berat badan, menurunkan kadar visceral fat patut menjadi fokus utama anda. Visceral fat merupakan penyumbang utama masalah kesihatan seperti berikut:
1.Penyakit jantung
2.Kanser
3.Strok
4.Arthritis
5.Diabetes type-2
6. Lemah tenaga batin
Dll lagi...
*Bagaimana menurunkan tahap Visceral Fat Dengan Berkesan?*
*Ubah Pemakanan*
Pakej makanan perlu lebih diberatkan pada buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, dan daging tanpa lemak boleh membantu dengan kehilangan lemak visceral.
Ia juga akan lebih baik jika dapat mengelakkan minuman manis dan produk yang berat dalam lemak tepu, seperti mentega atau lemak keju, dan menggunakan minyak masak semula jadi yang tinggi mono tak tepu dan poli tak tepu lemak.
*Ubah Gaya Hidup*
Cubalah berhenti merokok, elakkan alkohol, kawal stress anda dan cuba dapatkan tidur yang mencukupi.
*Senaman*
Anda boleh "mengurangkan pertambahan" lemak visceral dengan gabungan senaman aerobik. Penyelidik mencadangkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik seperti berjalan pantas atau berjoging sekurang-kurangnya empat kali seminggu.
Senaman perut, seperti sit-up, membina otot di kawasan itu, tetapi tidak akan mengurangkan jenis lemak. Selain itu, latihan rintangan seperti menggunakan mesin senaman, boleh membantu dengan lemak subkutaneus tetapi tidak lemak di bahagian abdomen. Melakukan apa-apa jenis senaman aerobik boleh mempunyai kesan yang besar ke atas lemak visceral, yang boleh bertahan sehingga setahun selepas apa-apa kehilangan berat badan berlaku.
Tips Kesihatan #07 - Fakta Fiber
Fakta Fiber
Wednesday, 13 September 2017
Tips Kesihatan #05 - Tangani Stress
“Amboi, sejak akhir-akhir ni, makin berisi Mak Long tengok. Makin bahagia kamu sekarang ya?”
Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya.
Kajian menunjukkan berat badan mudah naik disebabkan gagal menangani stres. Nak tahu kenapa? Ini 6 buktinya.
BADAN ‘NAIK’ BUKAN SEBAB BAHAGIA, TAPI SEBENARNYA STRES. INI 6 BUKTINYA
Stres bukan sahaja membebankan minda, tanpa disedari ia juga memberi kesan buruk kepada tubuh badan seseorang.
Di bawah disenaraikan beberapa sebab mengapa stres boleh menjadikan seseorang mudah gemuk.
1. STRES MENINGKATKAN SELERA MAKAN. RASA NAK ‘BAHAM’ SEMUA!
Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat.
Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk stress-relief atau reward diri. Situasi ini selalu terjadi kerana tindakbalas yang berlaku dalam badan kita sendiri.
Terdapat juga kajian sebuah jurnal di Science Direct telah membuktikan bahawa comfort food seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stres.
Foto Kredit: thetelegraph.com
2. PROSES PEMBAKARAN LEMAK TERHALANG
Walau sekuat mana pun kita bersenam dan berdiet, tetapi berat badan masih tidak turun-turun. Badan pula ‘naik’ bagai dipam-pam. Nak kata makan banyak sangat, tidak juga. Rutin senaman pun masih diteruskan seperti biasa. Tapi kenapa susah betul nak turunkan berat badan? Cuba periksa semula kadar stres anda.
Tahukah anda, stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu penelitian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak.
Oleh itu, selain bersenam, jangan lupa tumpukan minda pada santapan rohani dan belajarlah menguruskan emosi. Dengan cara ini, barulah lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.
Foto Kredit: marycrimmins.com
3. STRES PEMUSNAH DIET
Memang betul diet bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika sudah terbiasa dengan pemakanan yang tidak sihat. Dalam keadaan stres, tekak lebih terasa mahu makan makanan sedap-sedap. Mungkin ramai menyangka bahawa ini hanya alasan bagi yang mudah mengalah, namun terdapat bukti yang dapat diterangkan secara saintifik dalam soal ini.
Menurut hasil kajian oleh jurnal Neuron, terdapat satu bahagian dalam otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang dan meyakinkan diri supaya kekal ke arah matlamat tersebut sehingga tercapai. Bahagian kecil ini juga menyimpan maklumat supaya minda berpihak kepada pilihan baik, selari dengan misi yang ingin dicapai. Apabila kerap stres, bahagian otak tersebut tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
Kesannya, kita akan mudah beralih kepada diet lama yang memudaratkan kesihatan.
Foto Kredit: moderndayqi.com
4. STRES MERANGSANG HORMON YANG MENGGEMUKKAN
Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan.
Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah. Apabila proses ini sering berlaku, ia akan menyebabkan berat badan anda meningkat, seperti yang dijelaskan melalui Today’s Dietitian.
5. METABOLISME BADAN SEMAKIN PERLAHAN
Hari yang sibuk sama ada di rumah atau di tempat kerja kadang-kala membuatkan kita lupa untuk makan. Bila dah pukul 4 petang, baru makan tengah hari kerana terlalu asyik membuat kerja. Tabiat sedemikian dapat mengurangkan tahap metabolisme dalam badan.
Metabolisme yang seimbang penting untuk fungsi badan yang sihat secara menyeluruh. Pakar juga menyarankan untuk mengikut waktu pemakanan yang tetap untuk mengekalkan berat badan yang seimbang.
Foto Kredit: 247friend.net/
6. IA ‘MENYERAP’ TENAGA SEMASA BERSENAM
Sebenarnya tujuan untuk bersenam ialah untuk meningkatkan stamina dan tenaga dalam badan. Namun begitu, tanpa kita sedari kadangkala kita menjejaskan diri sendiri dengan melakukan dua perkara dalam satu masa. Kalau bersenam sambil risaukan kerja di pejabat, tubuh anda akan menjadi lebih cepat penat.
Satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa individu yang bersenam sambil otaknya ligat memikirkan bermacam-macam benda akan menyebabkan ketahanan ototnya berkurang sebanyak 25%. Maka anda mungkin tidak dapat berlari sejauh yang anda sasarkan. Tubuh pula juga terasa begitu lesu selepas sesi senaman.
Foto Kredit: frompaintowellness.com/
SEKARANG ANDA DAH TAHU PUNCANYA?
Stres ada fungsinya tersendiri, di mana ia membantu mengembangkan potensi diri dengan bergerak maju jauh daripada comfort zone. Namun, ia perlu dikawal agar tidak mendatangkan ,ebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Gaya hidup sihat yang ingin dicapai bukan sahaja perlukan komitmen daripada aspek fizikal semata-mata, tetapi status mental seseorang juga perlu stabil dan kekal tenang. Minda dan jasmani yang sihat membuatkan hormon lebih stabil dan metabolisme seimbang.
Praktikkan pengisian rohani dan berbicaralah dengan seseorang tentang masalah yang dihadapi supaya beban di minda dapat dikurangkan.
Kredit: https://siraplimau.com/stres-punca-berat-badan-bertambah/
Tips Kesihatan #04 - Kesan Pembersihan Positif
*Health Tips 4*
*Positive Cleansing Effects*
Dalam Bahasa Melayu: Kesan Pembersihan Positif.
Beza dgn Side Effect@Kesan Sampingan.
Cth bg Kesan Sampingan:
1. Keracunan makanan. Beberapa orang makan, keracunan akan kena pada semua.
2. Memburukkan kesihatan.
Sebaliknya PCE adalah kesan positif. Dan kesannya berbeza mengikut individu.
Cth PCE biasa:-
1. Demam
2. Selesema
Cth PCE yang berlaku pada mereka yang mula ubah Pemakanan biasa kepada yg lebih sihat:-
1. Rasa pening(jika seharian byk terdedah dgn bhn kimia)
2. Mudah mengantuk(bagi mereka yg bekerja duduk di ofis)
3. Jerawat keluar lebih byk(bagi yg mudah berjerawat).
4. Demam
5. Batuk berkahak
& Pelbagai lg.
Punca kita mengalami PCE adalah badan ingin menyingkirkan toksin dalam badan kita. Dengan cara ini badan lebih bersih dan dapat menerima lebih banyak zat nutrisi yang diambil dari makanan yg elok dan sihat.
Cara atasi PCE, rehat & lebihkan lagi minum air kosong supaya proses pembuangan toksin ini berlalu dgn lebih cepat.
PCE adalah baik kerana toksin yg disimpan dalam sel lemak akan dikeluarkan, menjadikan sel lemak mengecil. Secara tidak langsung membantu menurunkan berat badan.
Tips Kesihatan #03 - Kalori
Apa itu Kalori?
Secara ringkasnya, Kalori adalah unit tenaga dalam makanan.
Badan kita memerlukan tenaga supaya dapat berfungsi dengan baik. Mata berkelip, bernafas, berjalan, berlari dll, setiap saat badan kita menggunakan tenaga.
Setiap individu memerlukan jumlah kalori yang berbeza.(boleh tanya Coach berapa keperluan kalori anda untuk sehari).
*Ada 3 Sumber tenaga Manusia:-*
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Lemak
1gram Karbohidrat = 4 Kalori
1gram Protein = 4 kalori
1 gram Lemak = 9 Kalori
Apa yang kita makan akan ditukar@dibakar kepada tenaga.
*Faham Kalori, mudah untuk kita Naikkan, Turunkan atau Kekalkan Berat Badan*
1. Kalori yg Dimakan > Kalori yg dibakar
= Naik Berat
2. Kalori yg dimakan < Kalori yg dibakar
= Turun Berat
3. Kalori yg dimakan = Kalori yg dbakar
= Kekal Berat
7700 kalori = 1kg
Secara teknikalnya, Jika anda makan lebih 700kalori sehari setiap hari, maka selepas 11 hari anda akan naik 1kg
"Kalori Kosong (empty calories)" adalah makanan yg sgt rendah Nutrisi tapi tinggi kalorinya. Cth makanan Kalori Kosong adalah spt Makanan Segera & ais krim.
Pentingnya Jaga Kalori & Pastikan apa yg kita makan itu BERKHASIAT:-
1. Kalori Seimbang = Berat Badan Ideal
2. Nutrisi Seimbang = Badan Sihat
Sekian, semoga bermanfaat. 😉😉😉
Tips Kesihatan #02 - Glycemic Index
{ GLYCEMIX INDEX }
Pernah dengar tentang Glycemic Index (GI) /indeks glisemik?
Perasan tak pada beberapa roti Gardenia ada ditandakan brpkah nilai GI nya?
Jika yg wholemeal GI paling rendah iaitu 55, kemudian ada yg 64 dan 66. Roti Gardenia putih tidak ditandakan langsung kerana GI nya lebih tinggi sekitar 90!
Indeks Glisemik atau Glycemic Index (GI) adalah skala atau angka yang diberikan pada makanan tertentu berdasarkan seberapa cepat makanan tersebut meningkatkan KADAR GULA DARAHnya, skala yg digunakan adalah 0-100.
Makin tinggi indeks glikemik suatu makanan, makin cepat impaknya terhadap kenaikan gula darah.
Makanan dibagi ke 3 kategori:
Index glikemik rendah, sedang dan tinggi.
Dalam bahasa ringkasnya, Makanan dgn GI Tinggi akan cepat menaikkan kadar gula dan insulin. Anda akan cepat lapar. Biasanya 30min ke 1 jam setelah makan makanan ini anda akan terasa lapar semula.
GI sedang adalah makanan yang biasanya bertahan 2-3 jam baru anda lapar lagi.
Sedangkan makanan dgn GI Rendah akan bertahan selama 3-4 jam kerana makanan dgn GI rendah akan lebih lambat dicerna dan akan menjaga kadar gula dalam darah anda tetap berada di paras normal. Untuk mereka yang berniat menjaga kesihatan, berat badan ideal dan bahkan yang ingin turun berat badan, ini adalah makanan yang lebih banyak perlu dipilih.
Untuk beberapa contoh daftar makanan dengan beberapa index glikemik, silakan baca lebih lanjut:
Contoh makanan dengan index glisemik tinggi (Diatas 70), (sebaiknya dihindari atau dimakan dalam jumlah sedikit);
Roti putih
Nasi putih
Donat
Kentang
Mee biasa dan Mee segera
Minuman bersoda
Jagung
Pop Corn
Contoh makanan dengan index glisemik sederhana (Dari 56-69) (dimakan dalam jumlah terbatas) ;
Sponge cake
Beras Merah
Nanas
Pasta (spaghetti, macaroni dll)
Roti gandum
Ice cream
Pastry
Mangga
Contoh makanan dgn index glisemik rendah (dari 0-55);
Pisang
Jagung putih
Epal
Tomato
Ubi keledek/ubi ungu
Nasi beras perang
Green Tea
Herbalife Formula 1 Shake (Skala 15-20 sahaja)
Tapi ingat! Index glisemik berbeza dengan kalori. Walaupun index glisemiknya rendah, anda tetap harus perihatin dengan yg kalorinya tinggi. Misal: Kacang. Kacang memiliki index glikemik rendah tapi kalorinya sangat tinggi. Jadi kalau anda makan berlebihan, ia tidak membantu program org yg ingin turun berat badan.
Tips Kesihatan #01 - Kepentingan Air
PERNAH DGR ORG KATA MALAS LAH NAK MINUM AIR KOSONG SEBAB NANTI KENA KERAP KENCING
.
Macam pernah dengar jer ayat tu kan??
Ke diri korang sendiri pun macam tu?
.
Apabila tak suka minum air sebab tak suka ke toilet, metabolisme (penggunaan tenaga) tubuh jadi perlahan. Tenaga yang dibelanjakan sedikit. Lambat ler nak bakar lemak2 lama tu.
.
Bila kurang minum air, akan berkurangan detok toksin dari badan cara berpeluh dan kencing. Badan rasa lesu kurang bertenaga, cepat letih dan kulit kusam.
.
Baca tulisan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di bawah;
.
"Fungsi air kencing adalah membawa keluar bahan toksin dari tubuh. Tubuh kita tidak mungkin dengan sengaja membuang air dari dalam tubuh kerana air penting dalam tubuh kita.
.
Membuang air kecil (kencing) adalah sunatullah yang diprogramkan pada diri kita untuk membuang toksin tubuh kita dan menjadi salah satu cara untuk mengelakkan diri kita menjadi sakit.
.
Hanya beberapa keadaan saja di mana kencing yang kerap menunjukkan kita bermasalah, antaranya diabetes dan jangkitan kuman dalam pundi kencing.
.
So tanak mengeluh jika kita terpaksa beberapa kali ke tandas untuk membuang air kecil, kerana sebenarnya kita membuang toksin dalam tubuh kita" 😉
.
Silakan SHARE info kesedaran ni. T.kasih
Thursday, 5 January 2017
CARA PENYEDIAAN NUTRISI
![]() |
Cara Penyediaan Nutrisi |
MANFAAT NUTRISI HERBALIFE
![]() |
HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY? |
![]() |
Nutrisi Teras Herbalife |
![]() |
Formula 3 Protein |
- Membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup & disyorkan.
- Mengandungi 5g protein soya dalam setiap sudu besar rata.
- Protein bebas lemak (0g) untuk menampung rasa lapar.
- Sesuai dicampur di dalam Formula 1 Shake.
![]() |
NW Formula & Omega 3 Fish Oil |
- Menawarkan manfaat tergabung L-arginina dan L-citrulline untuk menyokong pengeluaran Nitrik Oksida.
- Membantu mengekalkan pembuluh darah kekal normal dan fleksibel untuk fungsi vaskular yang sihat.
- Mengandungi vitamin C, vitamin E dan asid alfa-lipoik yang merupakan antioksidan yang diketahui bermanfaat untuk memelihara sel daripada ancaman radikal bebas.
- Mengandungi EPA dan DHA asid lemak Omega-3.
- Sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang dan pelbagai.
- Mengekalkan tahap kolesterol dan trigliserida yang sihat.
- Mengandungi minyak pati untuk menghilangkan bau ikan.
- Merangsang metabolisma tanpa menyebabkan iritabiliti dan kegelisahan, membina tenaga dan kecerdasan.
- Meningkatkan kadar metabolik semasa rehat.
- Mengandungi halia, untuk memberi kesan menenangkan penghadaman.
![]() |
Guarana Powder Plus |
- Kaya dengan antioxidan.
- Mengandungi kafein yang wujud secara semula jadi untuk memberi rangsangan lembut yang memudahkan anda bertenaga.
- membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki prestasi tugasan.
- Sangat mudah dibancuh.
![]() |
F2 Multivitamin & Minerals |
- Menyediakan lebih 20 vitamin dan mineral perlu untuk kesihatan.
- Menggalakkan pembinaan tulang, kulit dan rambut yang sihat.
- Menyediakan vitamin A, B6, B12 dan zink, yang berperanan penting dalam menyokong fungsi imun.
- Tiada bahan pengawet tiruan tambahan.
![]() |
Calcium Plus |
- Mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan dan penggunaan kalsium yang lebih baik.
- Membantu menyediakan kalsium yang diperlukan untuk tulang yang kuat dan sihat.
--------------------------------------------------
![]() |
Mixed Fibre With Inulin Powder Drink |
- Mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang baik.
- Setiap hidangan membekalkan 5g serat daripada 20-30g pengambilan serat harian yang disyorkan.
- Boleh dinikmati dengan air atau ditambah ke dalam shake, jus atau minuman kegemaran anda!