Wednesday, 13 September 2017

Tips Kesihatan #01 - Kepentingan Air

PERNAH DGR ORG KATA MALAS LAH NAK MINUM AIR KOSONG SEBAB NANTI KENA KERAP KENCING
.
Macam pernah dengar jer ayat tu kan??
Ke diri korang sendiri pun macam tu?
.
Apabila tak suka minum air sebab tak suka ke toilet, metabolisme (penggunaan tenaga) tubuh jadi perlahan. Tenaga yang dibelanjakan sedikit. Lambat ler nak bakar lemak2 lama tu.
.
Bila kurang minum air, akan berkurangan detok toksin dari badan cara berpeluh dan kencing. Badan rasa lesu kurang bertenaga, cepat letih dan kulit kusam.
.
Baca tulisan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di bawah;
.
"Fungsi air kencing adalah membawa keluar bahan toksin dari tubuh. Tubuh kita tidak mungkin dengan sengaja membuang air dari dalam tubuh kerana air penting dalam tubuh kita.
.
Membuang air kecil (kencing) adalah sunatullah yang diprogramkan pada diri kita untuk membuang toksin tubuh kita dan menjadi salah satu cara untuk mengelakkan diri kita menjadi sakit.
.
Hanya beberapa keadaan saja di mana kencing yang kerap menunjukkan kita bermasalah, antaranya diabetes dan jangkitan kuman dalam pundi kencing.
.
So tanak mengeluh jika kita terpaksa beberapa kali ke tandas untuk membuang air kecil, kerana sebenarnya kita membuang toksin dalam tubuh kita" 😉
.
Silakan SHARE info kesedaran ni. T.kasih

No comments:

Post a Comment