Apa itu Kalori?
Secara ringkasnya, Kalori adalah unit tenaga dalam makanan.
Badan kita memerlukan tenaga supaya dapat berfungsi dengan baik. Mata berkelip, bernafas, berjalan, berlari dll, setiap saat badan kita menggunakan tenaga.
Setiap individu memerlukan jumlah kalori yang berbeza.(boleh tanya Coach berapa keperluan kalori anda untuk sehari).
*Ada 3 Sumber tenaga Manusia:-*
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Lemak
1gram Karbohidrat = 4 Kalori
1gram Protein = 4 kalori
1 gram Lemak = 9 Kalori
Apa yang kita makan akan ditukar@dibakar kepada tenaga.
*Faham Kalori, mudah untuk kita Naikkan, Turunkan atau Kekalkan Berat Badan*
1. Kalori yg Dimakan > Kalori yg dibakar
= Naik Berat
2. Kalori yg dimakan < Kalori yg dibakar
= Turun Berat
3. Kalori yg dimakan = Kalori yg dbakar
= Kekal Berat
7700 kalori = 1kg
Secara teknikalnya, Jika anda makan lebih 700kalori sehari setiap hari, maka selepas 11 hari anda akan naik 1kg
"Kalori Kosong (empty calories)" adalah makanan yg sgt rendah Nutrisi tapi tinggi kalorinya. Cth makanan Kalori Kosong adalah spt Makanan Segera & ais krim.
Pentingnya Jaga Kalori & Pastikan apa yg kita makan itu BERKHASIAT:-
1. Kalori Seimbang = Berat Badan Ideal
2. Nutrisi Seimbang = Badan Sihat
Sekian, semoga bermanfaat. 😉😉😉
No comments:
Post a Comment